Download dan install template

Download, Install Template Minisite Blogger Dan Pilih Template

Klik sini untuk ke ruangan download template Minisite. Pilih 1 daripada 25 template yang anda rasa sesuai untuk tema Minisite anda.Anda juga boleh lihat contoh demo setiap template dengan klik link 'Demo'.

Cara Download Template Minisite

Di bahagian Menu ruangan download, klik 'Minisite templates'.


Contoh: Jika anda ingin menggunakan Template 01, klik 'Download template (.txt)'


Jika anda guna browser Chome, anda akan di-redirect dan anda akan dapat kod-kod. Sila copy semua kod tersebut atau guna ctrl+s untuk save file ini dalam .txt.


Highlight semua kod yang anda nampak dengan menggunakan command 'Ctrl+A' dan seterusnya copy kod tersebut dengan menggunakan command 'Ctrl+C'.


Langkah Untuk Install Template di Blogger

Balik ke Dashboard Blogger dan klik bahagian 'Theme'.


Klik butang 'Edit HTML'.


Highlight semua kod yang anda nampak di sini dengan menggunakan command 'Ctrl+A' dan seterusnya tekan butang 'Delete' di keyboard anda untuk tujuan membuangkan semua kod asal.


Paste kod yang anda telah copy tadi (seperti langkah atas) di bahagian 'Edit HTML' dengan menggunakan command 'Ctrl+V'. Seterusnya, klik 'Save template'.


Selepas save, anda boleh klik 'View blog' untuk melihat template Minisite yang telah ditukar.

Asal


Baru


NOTA: Jika anda masih belum update sebarang post dalam blog tersebut, anda tidak akan nampak apa-apa kandungan dalam bahagian Preview tersebut.

Langkah Tetapan Template

Nyahaktif fungsi Responsive Blogger

Kembali ke bahagian Dashboard dan klik 'Template' sekali lagi untuk menyahaktifkan fungsi Responsive Blogger. Oleh sebab template Minisite blogger telah disertakan fungsi Responsive, kita tidak perlu menggunakan fungsi Responsive yang telah disediakan oleh pihak Blogger.


Tick pada pilihan 'No. Show desktop template on mobile devices.' dan seterusnya klik 'Save'


Fungsi Responsive Blogger telah dinyahaktifkan! Sekarang anda boleh cuba browser dengan menggunakan mobile anda.

Kemas-kini di bahagian Layout

Untuk menjadikan paparan layout blog anda lebih 'kemas', kami mencadangkan anda supaya tutup beberapa fungsi Blogger seperti:

  • Tarikh
  • Penulis
  • Social Media Share Button
  • Komen
  • Label dan lain-lain..


Kembali ke Dashboard, dan klik 'Layout'.


Cari kotak 'Main' dan klik perkataan 'Edit' yang terdapat di penjuru kanan bawah.


Untick (tidak memilih) semua pilihan di sini dan klik 'Save'.


Selesai. Langkah seterusnya adalah menukar header.

0 comments:

Post a Comment