Edit Post dan page

Tutorial Create Post Dan Page

Selepas install template, kini anda boleh mula mengarang salesletter / copywriting anda melalui post dan page.


NOTA : Anda hanya dibenarkan create satu post sahaja dalam satu-satu masa, tetapi anda boleh create sampai 10 page.

Penggunaan Heading

Dalam template Minisite Blogger, anda tidak digalakkan menukar font. Kerana, di dalam template yang anda pasang telah disediakan jenis dan saiz font yang sesuai. Jika anda menukar font perkataan, mungkin paparan perkataan akan terjejas. Sila gunakan Heading untuk membezakan headline, sub-headline dan paragraph. Selain itu, jika anda menukar template yang lain, font tersebut juga akan mengikut format template yang baru juga.


Contohnya, jika anda ingin kedua-dua barisan headline, sila highlight dan tukar ke 'Heading'


Hyberlink

Anda juga boleh membuat hyperlink dalam setiap text atau imej gambar Minisite anda. Caranya adalah dengan meng-highlight ayat atau gambar yang anda mahu ia diletakkan 'hyperlink'. Klik icon 'Link' dan seterusnya letak URL link destinasi anda di dalam kolumn 'Web address'.


Insert Picture (Masukkan gambar)

Jika anda mahu menambah gambar dalam Minisite anda, muat-naik gambar ke dalam Blogger terlebih dahulu. Selepas kenalpasti kedudukan yang ingin dimasukkan gambar, klik ikon gambar (sebelah icon Link):


Klik 'Choose files' jika gambar tersebut adalah kali pertama dimuat-naik. (Jika sudah dimuat-naik, boleh pilih gambar terus dari 'From this blog'):


Klik gambar yang telah di-upload, dan klik 'Add selected'.


Gambar telah dimasukkan ke dalam blog.


Anda juga boleh adjust saiz dan aligment gambar tersebut (lihat contoh gambar di bawah ini):


NOTA : pastikan anda masukkan gambar yang tidak melebihi dari 800px. (Anda boleh menggunakan fungsi 'Small - Medium - Large - X-large untuk mengecilkan atau membesarkan gambar anda.)

Insert Video (Masukkan video)

Jika Minisite anda mempunyai video, boleh guna fungsi 'Insert' video yang disediakan.


Terdapat beberapa cara untuk memuat-naik link video anda ke dalam Blogger. Pertama, anda boleh upload dari komputer atau handphone. Kedua, anda boleh masukkan link dari Youtube.





0 comments:

Post a Comment