Pendaftaran Blogger

Pendaftaran akaun Blogger

Sebelum bermula, anda perlu daftar akaun Blogger anda terlebih dahulu. Untuk mendaftar akaun Blogger, anda perlu login dengan menggunakan akaun Google anda. Jika anda belum memiliki akaun Google, sila daftar satu akaun Google terlebih dahulu.

Link daftar blogger: www.blogger.com


Selepas login, sila klik 'New Blog' untuk membina blog pertama anda.


Isi maklumat di bahagian 'Title' dan 'Adress'. Kemudian, pilih salah satu 'Template' yang diberi.


  • Title : Tajuk blog anda.
  • Address : URL blog anda. Sila pilih alamat URL yang mudah diingati dan sesuai dengan tema blog anda. Pastikan alamat blog anda boleh diterima oleh pihak Blogger (Tanda tick akan terpapar jika ia boleh digunakan).
  • Template : Pilih template 'Simple' atau mana-mana template terlebih dahulu.

Selepas lengkap 3 langkah ini, klik 'Create blog'.


Tahniah! Blog pertama anda telah berjaya dibina. Anda boleh klik 'View blog' untuk melihat blog pertama anda dengan template asal.

0 comments:

Post a Comment